Korangg , thanks for the wonderful memories . Aku akan ingat pagi tadi sampai bila-bila . Walaupun korang semua datang lambat dan buat aku berasap tunggu setengah jam , tetapi aku tetap tunggu korang juga . Sebab aku tahu , bukan senang untuk aku habiskan masa ketawa bersama korang . Sejak aku pindah sekolah , aku dah kekurangan masa emas itu . Dan kali ini , aku takkan melepaskannya :)
*Aku paling suka time kita tiga orang melepak kat pondok tu . Kali pertama kita berkumpul selepas berbulan-bulan berceloteh di alam siber . Weehoo*
Tengah hari tadi , aku pun ronda-ronda Alamanda . Beli seluar trek . Hahaha . Then , makan tengah hari bersama pakcik dan makcik tersayang di Saba Restaurant , Cyberjaya . Memang berpusing mencari restoran ni sebab lokasinya tersorok sikit . Tetapi orangnya , Masha Allah . Ramai gilaaaaa O.O
Aku order Chicken Kebab . Sebab dah malas nak makan nasi arab yang sememangnya banyak gila walaupun sepinggan . Ini yang mak ayah pakcik makcik aku punya nasi . Ada banyak pilihan nasi . Kalau tak nak nasi macam aku , pilih je makanan ala-ala western pun ada . Chicken kebab , Chicken chop , Ausal pun ada :)
From Left : Hommus , Lamb Soup , Haneez Chicken , Kabsah Chicken , Mandy Chicken , Mandy Lamb
Nasi dia .. terbaekkk ! Hehehe . Sedap ! Sekali cuba , pasti nak datang lagi . Iyee . Tak percaya ? Datanglah sendiri . Bawa family suku sakat kawan-kawan pakwe makwe datang makan sini ^_^ . Tapi environment dia kurang selesa tadi sebab ramai gilaaaa orang . Itu tandanya restoran ini memang dah berjaya pikat ramai pelanggan .
Air dia pun dalam plastik . Heheheh . Senang , kalau tak habis air , boleh bawa balik atau bawa ke mana-mana sahaja yang anda suka . Bagus bukan ?
Sekiranya anda ke restoran ini , jangan lupa pesan syawarma . Makanan wajib setiap kali anda ke restoran makanan timur tengah :3
Apa ? Tidak tahu alamatnya ?
SABA' RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
Landmark ? Cyberjaya International College . Sila rajinkan diri anda round-round kerana tempatnya terpencil sedikit . Hehehe :D
Just a click that I accidentally do , all hopes came crashing down . We're just like enemies now .


cantiknya blog..
ReplyDelete