Wednesday, May 16, 2012

13 : Yaumul Muallimin

Assalamualaikum warahmatullah .

Selamat hari guru .. (Teng teng teng)
Selamat hari guru .. (Teng teng teng)
Selamat hari guru-guru ..
Selamat hari guruuuuuuuuuu !

#Okey , cuaca dah mendung tu , dah ada bunyi kilat tuu ...


Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mencurah jasa menabur bakti mendidik saya sehinggalah saya dapat kenal ABC , 123 , ا ب ت  , sampailah kepada formula F=ma , y=mx + c , log ab = log a + log b yang berbelit itu .

Ya ALLAH , berkatilah hidup guru-guruku , kurniakanlah kepada mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat , muliakanlah mereka , berikanlah mereka kesihatan agar mereka dapat terus mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna . AMIN ya rabbal alamin .

Pagi tadi , seperti yang sedia maklum , peperiksaan pertengahan tahun ditangguhkan untuk meraikan cikgu-cikgu kita ini , serentak satu Malaysia . Siap ada siaran langsung perutusan Perdana Menteri lagi , tetapi sekolah saya ada masalah sedikit dari segi komputernya , jadi tidak dapat tonton . Kalau tonton pun , saya akan zzzzzz di belakang . Hahaha .

Letter A , ucapan anda membuat saya terpesona . Kata-kata anda menggamit jiwa saya untuk memahami tugas guru dengan lebih mendalam . Segala madah yang anda merepekkan di atas pentas tadi , saya dengar dengan penuh teliti , dan menarik minat saya untuk mendengar lagi dan lagi . Tak pernah saya jumpa ketua pengawas yang ucapannya sebagus anda . Oh , janganlah kembang hidung sangat . Aku puji bebelan kau yang 5 minit itu sahaja . Faham budak sengal ? :P

Salah satu petikan ucapannya :
"Menurut kajian yang dilakukan oleh UNESCO , guru-guru di Malaysia majoritinya 3/4 masa sehari diperuntukkan untuk tugas-tugas di sekolah . Bermakna , guru-guru kita hanya mempunyai 1/4 masa sehari bersama keluarga . Perlu diingatkan , 3/4 masa ini tidak termasuk kerja-kerja pengkeranian dan penandaan buku ."

OMG ? Really ? Kajian tu ! Memang buat hati aku tersentap . Ya ALLAH , ampunilah dosaku yang sering tertidur dalam kelas . Bukan sengaja . Cikgu , maafkan saya !

Okey Letter A , jangan ingat kau seorang saja boleh bagi ucapan . Aku pun bolehlah . Dengar baik-baik , Letter A yang ini (Aina) nak bagi ucapan ni .

"Guru bukanlah lilin yang membakar diri untuk menerangi hanya seketika , tetapi guru adalah matahari yang menyinari hidup setiap insan sehingga akhir masa ."

By the way , di samping memberi hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar kelas aku (atas nama kelas) , aku pun beri hadiah peribadi untuk Cikgu Rosma . Siapa cikgu Rosma ?

Teacher Hamimah (left) and Teacher Rosma (right) :)

Dia guru kelas aku di SMK Bandar Rinching masa aku form 1 KRK . Pindah SMK SAAS masa aku form 3 , dan jumpa balik bila aku form 4 , sebab aku pindah SMK SAAS . Cikgu yang sangat memahami aku dengan mendalam . She is the best teacher I ever had . Thanks for everything , teacher . Love you more and more ^_^




Fakta : Negara kita telah menyambut Hari Guru untuk kali ke-56 pada tahun ini .




Comments
1 Comments

1 blurbs: